Showing posts with label Pengabdian. Show all posts
Showing posts with label Pengabdian. Show all posts

Jun 10, 2011

Penghayatan...




kisah seorang remaja...
di sebuah kem...

semua peserta sedang makan...
makan mengikut sunnah...
makan beramai-ramai di dalam dulang...

tiba-tiba...
lagu "Negaraku" di mainkan...
semua peserta di minta berdiri...
dan menyanyikan dengan penuh semangat...

tetapi salah seorangnya tidak berdiri....
seterus makan makanan itu...

selepas habis menyanyikan lagu "Negaraku"...
ketua kem berdiri...
dan berkata...
'siapa di kalangan kamu tidak berdiri semasa menyanyikan lagu kebangsaan?'...

tiba-tiba....
terdengar suara kecil...
'ada ketua! Syafiq tak berdiri tapi dia makan semasa kami menyanyi'...


sebuah dialog...
antara seorang remaja dan seorang ustaz...


U ; syafiq, betul ke kamu tidak berdiri semasa lagu kebangsaan di mainkan?

S ; betul, ustaz....

U ; kenapa kamu tidak berdiri? dah tuh kamu boleh makan lagi...

S ; saya malu ustaz dengan diri saya...

U ; kenapa syafiq?

S ; dulu saya bila dengar lagu kebangsaan yang berdiri. tetapi saya rasa tak adil dengan Allah. bila azan di laungkan saya buat tak buat demikian. saya leka tengok television sampai habis waktu solat. saya sombong dan bongkak dengan Raja yang mencipta saya. tak akan saya nak hormat lagu yang tak ada papa di sisi Allah, sedangkan masa azan saya boleh tido bermain, bergurau senda, menjerit sana-sini...


Kesimpulan ;

Masih adakah lagi golongan pemuda seperti 'Syafiq' yang berpikiran sebegitu rupa. Mampukah kita menjadi seperti beliau. Yang malu akan diri sendiri tentang kesombongan terhadap pencipta-Nya. Mari kita sejak masuk ke dalam hati dan muhasabah diri sendiri tentang kesalahan yang telah kita lakukan. Kita cari hati kita yang kita terlupa bahawa kita ada hati...

Pesan dari Imam Ghazali :

"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"...


"Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI (Jantung)” [Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

May 25, 2011

Pengertian Rezeki...



Rezeki...

Ramai orang menafsirkan rezeki itu berbentuk makanan...
Tapi orang yang faham ia akan berkata rezeki itu merangkumi semua aspek...
Dalam Islam, rezeki bukan hanya terhad kepada wang dan harta. Jangkauan rezeki yang di bentangkan oleh Allah S.W.T dan di terangkan oleh Nabi Muhammad S.A.W terlalu luas dan tidak sampai di fikir dik akal fikiran.

Kefahaman...

Allah S.W.T...
Maha  Pemberi (Ya - Razzaq)...
Jarang orang berjaya memahami maksud yang Allah S.W.T yang Maha Pemberi...
Pemberi bermaksud meyumbang sesuatu kepada makhluk...
Kita sangka rezeki yang kita dapat itu ialah untuk diri kita...
Segala tenanga yang kita keluarkan untuk mencari rezeki kadang - kala bukan untuk diri kita...
Tetapi untuk orang lain...

Sebagaimana peristiwa...

Di mana ada seorang 'remaja' meminta kepada ibunya...
Mahu membeli jam 'NUTELLA' dan sebuku 'ROTI'...
Kesemua itu di beli bertujuan untuk di makan sekiranya lapar ketika berada di rumah...
Selang beberapa hari...
Jam "NUTELLA' dan sebuku 'ROTI'...
Tersadai di atas meja...
Tidak di sentuh oleh budak itu mahupun keluarganya...

Tiba-tiba...
Pada keesokan harinya, ada satu program...
Program berkaitan tentang 'JEMAAH BINA IMAN'...
Budak itu turut serta...
Kemudian...
Mak dia menyuruh agar jam 'NUTELLA' dan sebuku 'ROTI'....
Di bawa bersama di program itu...
'BOY, bawa lah jam dan roti itu'...

Setelah itu...
Sampai di sebuah Surau...
Dan budak itu letak jam 'NUTELLA' dan sebuku 'ROTI' di atas dulang...
Waktu sarapan pun muncul...

Lalu jam 'NUTELLA' dan sebuku 'ROTI' di hidangkan kepada para jemaah di situ...
Para jemaah mula merasai makanan tersebut...
Sambil di saksikan 'budak' itu...

Tiba - tiba...
Satu kefahaman terlintas di akal fikirannya...
Betul la...
Allah S.W.T itu Maha Pemberi...

...'jika rezeki yang kita belanjakan, kita jangan ingat rezeki itu untuk kita'...
...'mungkin rezeki itu, untuk orang lain yang rezeki itu memang itu dia'...

Dari situ...
Dia dapat mengenal Allah S.W.T dengan lebih mendalam...
Dan memula merasai kehadiran 'sayang' dan 'kasih' Allah S.W.T kepada hambaNya...
Terusnya mula yakin bahawa Allah S.W.T adalah segala-segalanya...
Yang tidak dapat di tandingi...

Allah telah tetapkan 4 perkara...
Mati...
Hidup...
Jodoh...
Rezeki...

Allah menciptakan mati dan hidup bertujuan untuk meguji kamu (Al-Mulk ; 2)

Tunjukkanlah kami Ya Allah jalan yang benar (Al-Fatihah ; 5)










May 24, 2011

Kisah Aku Dengan Seorang Budak...










Teringat satu kisah silam...
Ketika itu...
Sedang bermain dengan seorang kanak-kanak...
Yang berusia 5 tahun di sebuah surau....

Senjaga di letakkan di hadapannya...
4 barang....

Kunci motor...
Handset Sony c510...
Seutas ‘tasbih’...
Sebotol ‘minyak atar’...

Tiba-tiba....
Terlihat dia mengapai...
2 barang yakni...
Seutas ‘tasbih’ dan sebotol ‘minyak atar’...

Lalu di pakaikan ‘minyak atar’ ke tubuhnya...
Dan berkata ‘wangi lah, perisa jenis apa ni’?...
Sambil mejawab ‘perisa strawberi’...

Lalu di pinta supaya di ajarkan kepadanya...
‘macam mana nak guna tasbih ni’?...
‘tangan kanan atau tangan kiri’?...

Kemudian di tunjukkan...
Lalu menggerakkan tasbih berikut dengan jarinya...
Dengan senyuman di bibir sambil berzikir...
ALLAH...
ALLAH...
ALLAH...

Lalu terpikir dan termenung seketika...

Bagaimana seorang kanak-kanak yang masih mentah begitu tertarik dengan seutas ‘tasbih’ dan sebotol ‘minyak atar’. Sedangkan kunci dan handset yang begitu canggih ada di hadapan matanya...

Dan apabila di bandingkan dengan remaja masa kini yang tertarik dengan teknologi serba canggih seperti handset, mp3, television dan sebagainya...

Lupa oleh dek fikiran....
Lupa untuk membasahi lidah dengan memuji ALLAH S.W.T...
Lupa untuk menghayati sunnah Nabi Muhammad S.A.W...

Betul lah ada sebuah hadis...
Yang lebih kurang maksudnya...
Islam bermula dengan ‘asing’ dan berakhir dengan ‘asing’....

Wallahu'alam..