Oct 31, 2011

Tips Menjadi Anak Soleh...




1. Sentiasa bermanis muka apabila bercakap atau memandang wajah ibu bapa Rita.

2. Selalu 'meringankan tulang' untuk membantu ibu bapa dalam kerja-kerja yang mudah di rumah.

3. Membuat sesuatu kerja yang sepatutnya kita kerjakan tanpa periu disuruh atau diarah oleh ibu bapa kita.

4. Jangan merungut atau mem-bantah di atas segala arahan atau suruhan ibu bapa kita.

5. Sentiasa mendoakan keampu-nan dan kesejahteraan untuk kedua ibu bapa kita terutama sekali selepas solat fardhu.

6. Amalkan budaya salam dan mencium tangan kedua-dua ibu bapa sewaktu hendak keluar atau masuk ke dalam rumah.

7. Memohon kemaafan daripada ibu bapa setelah kita metakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan.

8. Mengucap salam dan memohon ampun daripada ibu bapa sebelum kita tidur malam hari.

9. Tunduk dan bersopan sebagai tanda hormat apabila berjalan di hadapan ibu bapa.

10. Bercakap dengan lemah lembut, tidak berkasar serta tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapa.

11. Sewaktu makan, biarlah ibu bapa kita yang menjamah makanan terlebih dahulu.

12. Jangan selalu meminta-minta daripada ibu bapa terutama sekali sesuatu perkara atau benda yang tidak perlu ataupun yang tidak munasabah.

13. Sentiasa redha, bersyukur dan menerima dengan hati yang terbuka terhadap setiap pemberian daripada ibu bapa.

14. Belajar dengan tekun dan ber-sungguh-sungguh seterusnya berjaya dalam pelajaran sebagai suatu hadiah istimewa daripada kita untuk ibu bapa tersayang.

15. Sentiasa bersikap jujur dan tidak bercakap bohong dengan ibu bapa kita dalam setiap perkara walaupun kita yang bersalah.

16. Sentiasa membiasakan lidah kita untuk mengucapkan 'terima kasih' di atas segala pemberian dan nasihat daripada ibu bapa kita.

17. Sentiasa berusaha untuk menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita sama ada dengan perkataan, perbuatan mahupun sikap kita.

18. Sentiasa patuh kepada perintah Allah S.W.T dengan tidak me-ninggalkan solat kerana anak yang soleh juga merupakan anak yang taat pada perintah Allah S.W.T.

# tips-tips di atas ini telah di berikan kepada ana oleh Imam Muda Taufek, moga kita dapat manfaat daripada tips yang beliau berikan. Wallahualam...

Who your loves???



Dialog antara seorang lelaki dan seorang perempuan...

L ; Kau ada pakwe kan??

P ; A'ah. Aku ada pakwe. Mana kau tahu ni?

L ; Adalah. Mana boleh tahu...

P ; Kau paling cinta siapa??

L ; Aku? Yang paling aku cinta adalah Allah. Kedua, Nabi S.A.W. Ketiga, Ibu aku. Kau pulak?

P ; Bagi aku cinta perlu sama. Sama ada Allah mahupun manusia...

L ; Kenapa pulak kau cakap macam itu??

P ; Sebab tanpa cinta dengan manusia, kita sunyi. Sama jugak dengan cinta dengan Allah...

L ; Aik? Macam itu pulak?

P ; A'ah...

L ; Aku nak tanya kau satu soalan boleh?? Kalau betul cinta perlu sama. Cinta dengan Allah ada kau tunaikan?

P ; Maksud kau?

L ; Maksud aku. Kalau betul cinta perlu sama. Kau ada tunaikan tak? Contoh misal, kau ada solat Subuh? Zohor? Asar? Maghrib? Isyak?

P ; Kadang - kadang ada. Kadang - kadang tak ada...

L ; Aik? Kau cakap dengan aku cinta perlu sama. Tapi kau tak buat pun. Kalau betul cinta tu sama. Kau mesti solat awal waktu. Mesti kau rindu nak berkomunikasi dengan Allah. Sebagaimana kau rindu pakwe kau tu...

P ; Erm...(mendiamkan Diri tak mahu nak berkata - kata)....

Oct 30, 2011

Adab-Adab Ketika Berdoa...



Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdoa. Di antara adab-adab berdoa ialah:
  • Doa hendaklah dilakukan dalam waktu yang baik dan mulia seperti pada hari Arafah, ketika Ramadhan, Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.
  • Berdoa dalam keadaan yang mulia seperti ketika sujud dalam sembahyang, ketika berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, sebelum menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih daripada gangguan syaitan dan ketika menghadap Kaabah.
  • Berdoa dengan menghadap kiblat.
  • Berdoa dengan merendahkan suara antara terdengar dan tidak oleh orang yang berada di sisi kita.
  • Berdoa dengan tidak menggunakan kata-kata yang bersajak. Memadai dengan kata-kata biasa dan sederhana, sopan dan tepat dengan apa yang dihajati dan tidak perlu dilagukan dan amat baik dipilih lafaz-lafaz doa Rasulullah s.a.w yang bersesuaian.
  • Berdoa dalam keadaan khusyu’ dan tawadhu’ dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah dalam jiwa.
  • Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan dimakbulkan Allah dan tidak sedikitpun berasa gelisah jika tidak diperkenankan Allah s.w.t.
  • Mengulangkan doa yang diutamakan dua hingga tiga kali.
  • Memuji Allah di permulaan dan pengakhiran doa.
  • Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan sesungguhnya kepada Allah s.w.t.

11 Jenis Manusia Yang Malaikat Akan Mendoakannya..



Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”


9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”


10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. 


Semoga kita termasuk dan tersenarai sama

Oct 25, 2011

Sikap Sesetengah Orang Islam...






tertarik dengan satu kisah yang mahu ana kongsikan...
di ceritakan oleh seorang pakcik India yang telah memeluk Islam yang ketika itu sedang duduk berborak bersama dengannya...

tiba-tiba...
beliau menceritakan sikap orang Islam pada zaman sekarang...
yang pernah berlaku di hadapan matanya sendiri...
beliau bercerita dengan perasaan marah bercampur sedih....

kisah ini berlaku di sebuah masjid di sebuah negara...
terdapat seorang pelancong dari Amerika... 
bersiar-siar menikmati keindahan bumi di negara tersebut...
di tempat itu terdapat sebuah masjid yang mempunyai sejarah yang tersendiri...
pelancong ini tertarik dengan seni bina masjid itu...
sambil melihat dari luar...
memegang struktur binaan masjid....

tiba-tiba...
seorang pakcik di dalam masjid itu...
terlihat pelancong Amerika dan menghalaunya...
keluar dari masjid...
lalu pelancong itu pun beredar dari masjid tersebut...

situasi ini telah di saksikan...
oleh pakcik India yang telah memeluk Islam tersebut...
dengan perasaan sedih di tambah dengan marah...
beliau berjumpa dengan pakcik di dalam masjid itu....
lalu berkata.....

I ; Apasal kau marah dan halau pelancong tersebut?

P ; Dia kan orang kafir mana boleh masuk masjid...

I ; Oh! Dia kafir. Dah tuh kau fikir kau dah cukup mulia sangat ke di sisi Allah? Pelancong yang bukan Islam nak datang ke masjid kau berani nak halau! Yang orang-orang Islam yang masih tak datang masjid untuk solat kau tak berani pula jemput mereka....

P ; ....(terdiam tanpa berkata-kata)

I ; Wey! Dia itukan pelanconglah. Dari jauh dia datang kau buat dia macam itu pula? Apa salahnya kalau kau sambut dia ke?

lalu ana pun terdiam dan terfikir....
masih wujud lagi orang seperti dia...
ana dan pakcik India yang telah memeluk Islam sama-sama menggelengkan kepala...

mari sama-sama kita muhasabah diri balik...
dan renungkan pesanan ini.... 

Pesanan Iman Ghazali ;

a) Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa daripada kita...

b) Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat...

c) Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui...

d) Apabila melihat orang jahil, anggaplah merak lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam kita mengetahuinya...

c) Jika melihat orang jahat, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya...

Wallahualam...

Oct 24, 2011

Luahan Hati Para Pendakwah...





Islam tergugat? Siapakah yang gugat? Kristian? Buddha? Mungkin. Tetapi jangan nak salah agama lain yang meyebabkan ramai orang Islam murtad. Salahkan diri seorang wahai rakan-rakan yang beragama Islam.

Bila ada jemaah atau sesetengah orang nak berdakwah kau kutuk mereka, cakap mereka ini sesat. Kau heboh satu kawasan, sehingga orang Islam sendiri takut pada agama Islam. Kau tangkap mereka buat soalan siasatan. Anggap mereka macam penjenayah. Ingatlah wahai saudaraku, bukan agama lain yang runtuhkan agama kita tapi kita sendiri yang membuatkan agama Islam ini terasa asing...


Hadis Nabi saw yang bermaksud : 


“Islam bermula dengan asing dan ia akan kembali asing seperti permulaannya, maka beruntunglah orang yang asing"...


KAMI BERSERBAN JUBAH KAU PELIK...
KAMI BERSUGI KAU PELIK...
KAMI MAKAN SETALAM KAU PELIK...
KAU PANDANG SINIS PADA KAMI...
BANYAK HADIS NABI TENTANG FADHILAT MENGIKUTI SUNNAH BAGINDA...
SIAPA KAU MAHU MEMANDANG SERONG TERHADAP KAMI...


“Barangsiapa yang berpegang teguh dengan sunnahku di zaman fasad (kerosakan ummat) akan mendapat ganjaran syahid”
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku dizaman fasad (kerosakan ummat) akan mendapat ganjaran 100 syahid”
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, tanda dia kasih kepadaku, dan barangsiapa yang kasih padaku akan bersama-samaku di syurga”


KAMI PERGI RUMAH KE RUMAH AJAK KAU KEPADA ALLAH KAU PELIK...
KAU LARI DARI KAMI...
SIAPA KAU PANDANG KAMI PELIK...
LUPA KE DENGAN FIRMAN ALLAH...


Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. [Ali Imran ; 104]...


KAU KATA KAMI TAK CUKUP ILMU UNTUK BERDAKWAH...
SAMPAI BILA KITA AKAN CUKUP ILMU??
1000 TAHUNPUN TAK AKAN CUKUP...


Ilmu Allah ibarat air di lautan-lautan luas. Jika kita celupkan jari ke dalam salah satu lautan, air yang tertinggal di jari kau itulah kadar ilmu yang telah kau perolehi. Masih banyak kebesaran Illahi yang belum mampu kau terokai...


KALAU BEGITU BILA DAKWAH DAPAT DISAMPAIKAN???
NABI PERNAH BERPESAN...


Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat [HR. Bukhari & Al-Tirmidzi]...


JIKA KAMI SILAP, TAK SALAH KAU DAKWAH KAMI...
TEGUR KAMI...
INGATKAN KAMI...

>>>>>...KITAKAN SAUDARA...<<<<<
KAMI JUGA SEPERTI KAMU MANUSIA BIASA YANG TAK LARI DARI BERBUAT SALAH...


KENAPA KAU PELIK?
INIKAH BUKTINYA??????
KAU KATA KAU SAYANG ALLAH???
JOM LAH IKUT NABI KITA...


Firman Allah SWT : “Katakanlah: “Jika kamu mencintai Allah ikutilah aku (Rasulullah SAW) niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [Ali Imran ; 31]...


muhasabah diri......



Oct 17, 2011

Aurat Kaki?!



Suka untuk berkongsi. Kita selalu tengok orang pakai tudung tapi macam tak pakai tudung Nampak itulah, nampak inilah. Fuyoh! Dia pakai baju ketat lah. Tergugat iman aku, bukan aku sahaja imam masjid pun boleh tergugat juga. Tidak seperti iman para sahabat ajma'in yang menggunung teguh. Inilah iman seorang umat akhir zaman, senipis dan serapuh kulit bawang. 


Kita sering fokuskan dari segi pemakaian tudung mahupun pakaian. Ye memang tak salah. Tapi ada satu yang penting yang kita jarang ketengahkan bab ini. Iaitu aurat ‘An-nisa’ (perempuan-perempuan). Aurat yang kita tak sangka dan selalu terlepas pandang. Iaitu kaki anda wahai saudari yang di rahmati Allah S.W.T.  


Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:


Ummu Salamah r.a berkata bawaha dia penah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. : " bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang ( dar'u ) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung ( izar ) ? beliau bersabda : " boleh apabila pakaian panjangnya itu ( dar'u ) dapat menutupi kedua telapak kakinya. "


Pernah ke kita ada tengok perempuan solat aurat kaki boleh dedahkan? Mesti jawab kalian tidak pernah tengokkan, sebab kalian tahu kaki itu aurat. Tetapi kenapa hanya di dalam solat sahaja ke yang kalian pratikkan? 


Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.

 Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Al-Ahzab ; 59]...


Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:


• Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.


• Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.


• Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.


• Darurat.


Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?


Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:


• Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
• Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
• Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.



Nabi Muhammad pernah bersabda ; “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” [HR. Muslim]...

30 Kebesaran Selawat Ke Atas Junjungan Nabi S.A.W...





1. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)

2. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki atau wanita.

4. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani

Oct 14, 2011

Teka - Teki Imam Ghazali






Suatu hari,Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya Teka Teki : 

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"
  
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati [Ali-Imran ; 185].



Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
  
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar.Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita,apapun kenderaan kita,tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?" 

Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar,tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU [Al A'raf ; 179]. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia ?"
  
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar,tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH [Al-Azab ; 72]. Tumbuh-tumbuhan,binatang, gunung,dan malaikat semua tidak mampu ketika Allad SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun "
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar,tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia,kita tinggalkan solat."


Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar,tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah,manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya sendiri."


Wallahu A'lam..