Nov 23, 2011

Kenapa Aku?!


‎'kenapa aku buat jahat tapi dia tetap baik dengan aku?'
'kenapa aku suka sakitkan hati dia tapi dia masih boleh tersenyum?'
'kenapa aku pulau dia tapi dia masih nak rapatkan hubungan kami?'

'kenapa lah aku burukkan nama dia tapi dia masih muliakan nama aku dalam doa dia?'

'kenapa lah aku suka buat dia sedih tapi dia masih boleh bergurau dengan aku dan mampu buat aku tersenyum?'
'kenapa lah aku suka buruk sangka dengan rakan aku tetapi dia masih nasihatkan aku supaya fikir positif terhadap rakan aku?'

'kenapa lah aku bila gaduh dengan dia tapi dia masih mengalah?'
'kenapa lah aku bila sedih tapi dia masih boleh berikan aku semangat?'
'kenapa lah aku bila bergaduh dengan rakan aku tapi dia masih suruh aku berbaik semula?'

pernah kalian terfikir semua ini?!

Nabi S.A.W bersabda : 

من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليصل رحمه

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia menghubungkan silaturrahim”...

Sabda Rasulullah S.A.W mafhumnya: "Ketahuilah, bahawa rahmat Allah tidak turun ke atas kaum yang ada di kalangan mereka orang yang memutuskan silaturrahim"... 

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya: "Bahawa bau syurga itu dapat dihidu dari sejauh lima ratus tahun perjalanan. Tidak dapat tercium bau syurga oleh orang yang derhaka kepada ibu bapanya dan orang yang memutuskan silaturahim...

Dalam sebuah lagi hadis, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” [HR. Muslim]...

Baginda bersabda lagi: “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturahim.” [HR. Ibnu Majah & Tirmizi]...

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah dia memelihara hubungan silaturahim.” [H.R Bukhari & Muslim]...

Dan sabdanya lagi:

Maksudnya ; "Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepadanya selain daripada syurga"...

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi: 

Maksudnya: “Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri"... 

Maksudnya: "Orang Mukmin ibarat sebuah bangunan yang masing-masing berpaut satu sama lain"...

Sebab hancusnya hubungan silaturahim ;

Faktor Dalaman - 

1. Diri sendiri – niat dan tindakan...
2. Keluarga – mementingkan status...
3. Kepentingan diri...
4. Pengaruh diri akibat rasa dengki dan dendam serta sebagainya...
5. Tiadanya sifat toleransi dan pemaaf sesama insane...
6. Tahap keimanan yang rendah...
7. Kurangnya didikan agama (akhlaq)...

Faktor Luaran - 

1. Pengaruh : Persekitaran – Materialistik, Pergaulan Seharian – Fitnah, Politik Kehidupan – Perbezaan Kefahaman...
2. Wujudnya : Sifat Batu Api, Kroni, Dendam, Tidak berkasih sayang dalam pergaulan...
3. Iri hati dan Cemburu...

Kesimpulan ;

jika kalian ada rakan-rakan kalian yang macam itu maka beruntunglah kalian. kerana kalian ada rakan yang faham akan pengertian hubungan silaturahim. jangan kalian lepaskan rakan kalian itu kerana bila kalian lepaskan dia, nescaya kalian akan menyesal dan bersedih apabila kalian tidak lagi dapat melihat senyuman dari bibirnya. 

jika kalian tiada rakan sebegini maka kalian cuba yang menjadi orang sebegitu. dan berazamlah untuk jadi orang sebegitu kerana banyak kelebihan bila kalian jadi orang sebegitu...

bila kalian sudah jadi orang sebegitu maka kalian akan merasakan satu perasaan manis dan mampu mengeluarkan air mata kerana kalian akan merasai kenikmatan talian persaudaraan itu. dan kalian akan tengok gelagat rakan kalian dengan menggunakan mata hati dan sedaya upaya untuk menjernihkan atau membantu rakan kalian...

kenapa menggunakan mata hati?

kerana penglihatan yang paling murni ialah peglihatan menggunakan 'mata hati'. kerna mata hati lebih mudah merasai dan memahami setiap apa yang berlaku di hadapan manusia. dari situ segala kemusykilan dan pertanyaan 'apa' 'siapa' 'bila' 'di mana' 'mengapa' 'bagaimana' akan terjawab. menerusi petunjuk dari Ilahi'...

Wallahualam...: )

No comments:

Post a Comment