Dec 29, 2011

Kelebihan Berwudhu...


Wudhu adalah perkara asas bagi setiap muslim sebelum mengerjakan ibadah sembahyang. Tanpa wudhu ibadah sembahyang adalah dianggap sia-sia dan tidak sah. Oleh itu umat Islam adalah diwajibkan untuk berwudhu bagi menjamin kesempurnaan ibadat sembahyang yang dilakukan. Di dalam hal ini, Allah Subhanahu wata’ala telah berfirman dalam surah Al-Mâidah yang bermaksud:

"wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengrjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwudulah) iaitu basuhlah muka kamu meliputi sikut, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali."[Al-Maidah ; 6]…


Sayidina Othman bin ‘Affan juga pernah menceritakan bahawa beliau berwudhu dan berkata: "Saya melihat Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berwudhu seperti wudhuku ini kemudian Baginda bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang berwudhu sedemikian maka diampunkanlah untuknya dosa-dosa yang telah lalu dan sembahyang serta jalannya ke masjid adalah sunnah jukumnya." [HR. Muslim]...

Wudhu yang disyariatkan ini hendaklah dilakukan dengan sempurna dan mengikut tertibnya agar amalan ini dapat memberi manfaat kepada kita bukan sahaja di dunia, malah di akhirat juga sebagaimana maksud hadis ini:

"Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada Hari Kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya oleh sebab bekas-bekas wudhu. Oleh itu, barang siapa di antara kamu hendak memperpanjangkannya (menambah cahaya), maka baiklah dia melakukannya dengan sempurna" [HR. Bukhari]...


Tabiat air ialah memadamkan api. Begitu juga wudhu dapat memadamkan api kemarahan. Oleh itu Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpesan kepada umatnya supaya berwudhu ketika dalam keadaan marah sebagaimana hadis Baginda yang bermaksud:

"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air. Maka jika sesiapa di antara kamu yang dalam keadaan marah, maka bersegeralah mengambil wudhu" [HR. Imam Ahmad]...

Nov 27, 2011

Benda Kita Menggeloh Tapi Ada Jawapannya...




kita sering cakap rezeki kita tak mencukupi. Tapi kita masih meminta dekat orang lain dan kita lupa bahawa Allah lah yang beri kita rezeki. Pemurahnya Allah S.W.T, Dia beri kita kemudahan iaitu 'Solat Dhuha' yang dapat meluaskan pintu rezeki kita…

kita cakap kita takut akan azab kubur. Tapi kita tak laksanakan apa yang kita takutkan itu. Kasihnya, Allah beri kita kemudahan iaitu 'Solat Tahajjud' yang boleh memelihara kita di dalam kubur…

kita selalu sedih akan dosa-dosa yang kita lakukan. Tapi kita sering tak pernah puas untuk melakukkan dosa. Penyayangnya Allah S.W.T, Dia beri kita kemudahan iaitu 'Solat Taubat' yang boleh membuatkan kita tenang…

kita kerap minta benda yang kita inginkan. Tapi kita masih duduk terdiam, tunggu sampai benda yang kita inginkan jauh bergolek. Baiknya Allah S.W.T, Dia beri kita kemudahan iaitu 'Solat Hajat' yang dapat di makbulkan hajat yang kita mahukan…

kita dalam dilema mana pasangan hidup kita yang kita mahu hidup dengannya. Tapi kita masih tertanya-tanya dan kita masih tidak berbuat apa-apa. Hebatnya Allah S.W.T, Dia beri kita kemudahan iaitu 'Solat Istikharah' yang memberi kita petunjuk tentang pasangan hidup kita…

Kesimpulan ;

Adakah kita mengguna semua kemudahan yang telah Allah S.W.T berikan kepada kita? Betapa ruginya kita kerana tidak menggunakannya sebaik mungkin. Pernah kita 'Solat Dhuha', 'Solat Tahajjud', 'Solat Taubat', 'Solat Hajat', 'Solat Istikharah'? Kalau belum lagi mari kita sama azam pada hari mulia ini sempena Awal Muharam.

Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukn daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi pelung supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaram pahalanya. Maka kami mohon di perkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah...

Nov 26, 2011

Melawa Gaya Awek Cun...


Jadikan ‘Ghaddul Basor’ (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda, nescaya mata anda akan semakin bening dan jernih…

Oleskan ‘Lipstik Kejujuran’ pada bibir anda, nescaya anda semakin manis…

Gunakan Pemerah Pipi anda dengan kosmetik yang di perbuat daripada rasa malu yang di jual di ‘Salon Iman’...

Hiasilah kedua belah tangan anda dengan ‘Gelang Tawadhuk’ dan jari jemari anda dengan ‘Cincin Ukhuwah’

Pakailah ‘Anting-Anting Mustami’ (pendengar) yang taat kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya , nescaya anda akan anggun…

Pakailah ‘Sabun Istighfar’  yang menghilang semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan…

Hiasilah rambut anda dengan ‘Tudung Mohkota’ yang menghilangkan ketomba pandangan lelaki yang merbahaya...

Lengkapilah dirimu dengan sebaik-baik kalung iaitu ‘Kalung Kesucian’

Bedaklah wajah anda dengan ‘Air Seri Wudhu’, nescaya wajah anda akan berseri-seri pada pandangan manusia dan di akhirat…

Nov 23, 2011

Kenapa Aku?!


‎'kenapa aku buat jahat tapi dia tetap baik dengan aku?'
'kenapa aku suka sakitkan hati dia tapi dia masih boleh tersenyum?'
'kenapa aku pulau dia tapi dia masih nak rapatkan hubungan kami?'

'kenapa lah aku burukkan nama dia tapi dia masih muliakan nama aku dalam doa dia?'

'kenapa lah aku suka buat dia sedih tapi dia masih boleh bergurau dengan aku dan mampu buat aku tersenyum?'
'kenapa lah aku suka buruk sangka dengan rakan aku tetapi dia masih nasihatkan aku supaya fikir positif terhadap rakan aku?'

'kenapa lah aku bila gaduh dengan dia tapi dia masih mengalah?'
'kenapa lah aku bila sedih tapi dia masih boleh berikan aku semangat?'
'kenapa lah aku bila bergaduh dengan rakan aku tapi dia masih suruh aku berbaik semula?'

pernah kalian terfikir semua ini?!

Nabi S.A.W bersabda : 

من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليصل رحمه

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia menghubungkan silaturrahim”...

Sabda Rasulullah S.A.W mafhumnya: "Ketahuilah, bahawa rahmat Allah tidak turun ke atas kaum yang ada di kalangan mereka orang yang memutuskan silaturrahim"... 

Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya: "Bahawa bau syurga itu dapat dihidu dari sejauh lima ratus tahun perjalanan. Tidak dapat tercium bau syurga oleh orang yang derhaka kepada ibu bapanya dan orang yang memutuskan silaturahim...

Dalam sebuah lagi hadis, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan.” [HR. Muslim]...

Baginda bersabda lagi: “Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturahim.” [HR. Ibnu Majah & Tirmizi]...

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah dia memelihara hubungan silaturahim.” [H.R Bukhari & Muslim]...

Dan sabdanya lagi:

Maksudnya ; "Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepadanya selain daripada syurga"...

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi: 

Maksudnya: “Orang Mukmin itu mengasihani saudaranya seperti mana ia mengasihani dirinya sendiri"... 

Maksudnya: "Orang Mukmin ibarat sebuah bangunan yang masing-masing berpaut satu sama lain"...

Sebab hancusnya hubungan silaturahim ;

Faktor Dalaman - 

1. Diri sendiri – niat dan tindakan...
2. Keluarga – mementingkan status...
3. Kepentingan diri...
4. Pengaruh diri akibat rasa dengki dan dendam serta sebagainya...
5. Tiadanya sifat toleransi dan pemaaf sesama insane...
6. Tahap keimanan yang rendah...
7. Kurangnya didikan agama (akhlaq)...

Faktor Luaran - 

1. Pengaruh : Persekitaran – Materialistik, Pergaulan Seharian – Fitnah, Politik Kehidupan – Perbezaan Kefahaman...
2. Wujudnya : Sifat Batu Api, Kroni, Dendam, Tidak berkasih sayang dalam pergaulan...
3. Iri hati dan Cemburu...

Kesimpulan ;

jika kalian ada rakan-rakan kalian yang macam itu maka beruntunglah kalian. kerana kalian ada rakan yang faham akan pengertian hubungan silaturahim. jangan kalian lepaskan rakan kalian itu kerana bila kalian lepaskan dia, nescaya kalian akan menyesal dan bersedih apabila kalian tidak lagi dapat melihat senyuman dari bibirnya. 

jika kalian tiada rakan sebegini maka kalian cuba yang menjadi orang sebegitu. dan berazamlah untuk jadi orang sebegitu kerana banyak kelebihan bila kalian jadi orang sebegitu...

bila kalian sudah jadi orang sebegitu maka kalian akan merasakan satu perasaan manis dan mampu mengeluarkan air mata kerana kalian akan merasai kenikmatan talian persaudaraan itu. dan kalian akan tengok gelagat rakan kalian dengan menggunakan mata hati dan sedaya upaya untuk menjernihkan atau membantu rakan kalian...

kenapa menggunakan mata hati?

kerana penglihatan yang paling murni ialah peglihatan menggunakan 'mata hati'. kerna mata hati lebih mudah merasai dan memahami setiap apa yang berlaku di hadapan manusia. dari situ segala kemusykilan dan pertanyaan 'apa' 'siapa' 'bila' 'di mana' 'mengapa' 'bagaimana' akan terjawab. menerusi petunjuk dari Ilahi'...

Wallahualam...: )

Nov 18, 2011

Luahan Isi Hati Seorang Budak Jepun





sekadar mahu kongsi cerita...

adakah kita pernah terlintas untuk..
doakan orang lain?
kepada saudara islam kita?
dan juga kepada orang bukan Islam?

pernah kita menyebut nama-nama kawan kita yang bukan Islam semasa kita berdoa...
kalau kita masih belum lagi...
mari sama-sama kita dalami satu kisah benar yang ana mahu ceritakan...

di mana kisah berlaku di sebuah... 
negara yang mempunyai teknologi yang hebat...
lalu teknologi tidak dapat menahan kehebatan Allah S.W.T...
Allah S.W.T hantar 'tsunami' seluruh bandar di kawasan tersebut lenyap...
di ibarat kawasan lapang yang tidak mempunyai apa-apa pun...
negara yang ana maksudkan ialah "Jepun"...

tahun demi tahun telah berlalu...
dan satu jemaah telah di hantarkan oleh Allah S.W.T...
di bumi 'Jepun' bagi mengembangkan agama Islam di seluruh dunia...

jemaah ini pun bermula berdakwah...
jumpa dengan setiap penduduk di sana...
menceritakan kebesaran Allah S.W.T...

pada satu hari...
jemaah telah berdakwah dengan seorang budak di sana...
budak itu dapat terima apa yang di dakwahkan kepadanya...
hubungan mereka mula terjalin...

keesokkan harinya...
budak itu membawa jemaah pergi bersiar-siar di sekitar kawasan...
tiba-tiba budak itu singgah di sebuah kawasan...
jemaah pun mula pelik...
kawasan tersebut ialah kawasan 'perkuburan'...

jemaah bermula bertanya-tanya...
kenapa di bawakan mereka di sini...
lalu budak itu berkata kepada jemaah tersebut...

B ; kalian ini kubur emak aku, sebelah ini kubur ayah aku, di situ pula kubur kakak dan abang aku...

J ; (jemaah melihat muka budak tersebut)...

B ; mereka semua dah mati di sebabkan tsunami yang telah melanda di kawasan kami...

J ; (kesemua berasa sedih bila mendengar pengucapan budak itu)...

B ; for sure! mereka akan masuk neraka kan??!! sebab mereka tak ada dengan apa yang kalian ada iaitu kalimah toyibbah 'La Ilha IllAllah'...

J ; (terdiam)...

B ; aku nak tanya kalian semua apa sumbangan kalian terhadap negara aku? negara aku telah beri banyak sumbangan dekat negara kalian. kalian tengok la yang ada di poket kalian... 

J ; (masing telah tengok ke dalam poket dan keluarkan sesuatu iaitu 'telefon')...

B ; negara aku telah sumbangkan 'telefon', 'latop', 'television', 'kamera', 'kereta' kepada negara kalian. kenapa kalian tidak sumbangkan tenaga kalian untuk menyebarkan kalimah yang kalian ada? kenapa kalian tak guna kemudahan yang kami sumbangkan untuk negara kami? kalian ada kalimah toyyibah lalu kalian akan masuk syurga. tapi kepada mereka ini yang ada di kubur ini mereka akan masuk neraka!

J ; (semua menangis tak mampu untuk membicarakan kata-kata)...


Kesimpulannya ;

Berdoalah kepada Allah S.W.T supaya semua orang di atas muka bumi ini dapat masuk syurga yang kekal abadi. Semua orang itu termasuklah orang yang bukan Islam. Moga dengan berkat doa kalian semua mereka dan kita dapat mencapai nikmat Allah S.W.T iaitu melihat-Nya di syurga kelak...

Nabi Muhammad S.A.W pun berdoa untuk sahabat dan bapa saudaranya iaitu Saidina Umar dan Abu Jahal sebelum Saidina Umar Al-Khattab masuk Islam. Dan Allah S.W.T telah membuka pintu hati Saidina Umar Al-Khattab untuk memeluk Islam. 

Rasulullah SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau Abu Jahal b. Hisyam" [H.R At-Thabarani]...

Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab"...

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"...

Dan tanya balik dalam diri kita, sesipa kita yang tidak mahu berdoa untuk mereka yang bukan Islam supaya di buka pintu hatinya untuk memeluk Islam. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W yang maksum pun berdoa untuk orang yang bukan Islam bahkan Baginda menangis apabila mengetahui bawa ada orang yang bukan Islam mati...

Yang sampai mereka tuntut hak mereka pada hari kiamat di hadapan Allah S.W.T...

Muhasabah ke dalam diri dan mula untuk berdoa untuk semua orang. jangan sampai kita dah tidak ada peluang untuk berdoa lagi dan kita akan menyesal...

Waallahualam...

Nov 12, 2011

Dialog Di Antara Adik Ipar Tony Blair Dengan Anaknya Mengenai Islam...



Pagi itu saya memulakan dialog dengan anak-anak di dapur sewaktu sarapan pagi.

Kata saya, ‘anak-anak, emak ada satu berita nak di sampaikan emak memilih untuk menjadi Muslim’...

Alexandra dan Holly saling berpandangan. Beberapa saat kemudian Alexandra bersuara, ‘Sebelum itu kami ada beberapa soalan. Adakah ini, bermakna emak tidak boleh minum arak lagi?

‘Betul,’ saya menjawab. Mengejutkan kerana anak-anak langsung bersorak spontan ‘YEEAHH!’ kemudian mereka menyambung satu pertanyaan lagi, ‘Adakah emak akan berhenti merokok?’

Untuk soalan itu saya terpaksa menerangkan dari sudut Islam dan logic agar anak-anak boleh menerimanya. ‘Merokok tidak di larang  di dalam Islam tetapi ia adalah berbahaya untuk kesihatan. Bagi emak, merokok adalah perkara biasa. Emak tidak akan berhenti merokok buat masa ini’...

Akhirnya satu soalan yang menyebabkan saya tersentak seketika. Saya tidak pernah terfikir apa yang anak-anak fikirkan tentang penampilan emak mereka selama ini...

Mereka bertanya, ‘Selepas ini, adakah emak masih boleh dedahkan payu dara untuk orang tengok seperti sekarang?’

‘Apaaaa??’ hanya kata-kata itu yang terkeluar dari mulut saya. Nampaknya anak-anak malu melihat emak mereka memakai kemeja T ketat yang mendedahkan bahagian dada hingga menampakkan lurah payu dara...

Untuk soalan itu saya menjelaskan kepada anak-anak saya, ‘Islam melarang orang perempuan mendedahkan bahagian tertentu pada badan mereka kerana ia adalah aurat. Ia termasuklah bahagian dada. Emak janji tidak akan dedahkan lagi bahagian dada emak dan memakai baju yang mempunyai potongab leher yang lebar hingga menampakkan lurah payu dara. Islam pun melarang perempuan menunjuk-nunjuk bahagian itu’...

‘Yeeaahhh!! Kami suka Islam!’ sambut anak-anak gembira dan terus keluar bermain.
Dan.... saya pun sukakkan Islam....

Di peti dari buku ; Akhirnya Ku Temui Cinta-Mu....

Nov 9, 2011

Masa Yang Tidak Tentu...



Kematian akan menjemput kita...

kain yang tak pernah kita...
tempah... 
pilih...
terfikir...
mahupun mengukur...
pada badan kita semasa di atas bumi ini akan menjadi hak milik kita buat selama-lamanya...

Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang sholeh” [HR.Muslim]

Kesimpulannya ;

Kita jangan tertipu oleh drama mahupun movie. bila lahir menjadi bayi. pastu kanak-kanak, remaja, dewasa then tua. cuba nak 'highlight' di sini masa dewasa yang kita lihat di drama dan movie. iaitu perlakonan atau bab 'perkahwinan', 'keluarga bahagia', 'dapat anak comel' dan sebagainya...

Berdasarkan hadis di atas sudah cukup kuat yakin ke yang bahawa kita akan berkahwin atau dapat anak yang soleh lalu akan mendoakan kita bila kita sudah tiada...

Kita selalu dengar berita banyak remaja yang begitu muda usia yang baru nak mengenal kehidupan telah di tarik nyawanya oleh Allah S.W.T...

Be prepared!!!

Ajal tidak tentu mungkin kita meninggal sekejap lagi, esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan. kita kena sedia dari sekarang. dan takut akan mati...

So, apa kita nak buat? lihat yang pertama dan kedua. 'sedekah jariyah' dan 'ilmu yang manfaatkan'. Sedekah harta benda, wang, tenaga yang kita ada ikhlas kerana Allah S.W.T. sebaik-baik amalan adalah yang sedikit tetapi berterusan tak kisah lah kita sedekah yang nilai hina di sisi manusia tetapi di pandang mulia oleh Allah S.W.T...

Dan carilah ilmu di serata dunia dan belajar dengan orang yang lebih arif dari kita. apabila kita sudah memahami dan mengamalkannya baru kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain dan orang itu mengamalkannya barulah di panggil sebagai ilmu yang di manfaatkan...

Terlintas untuk menaip kerana terlalu banyak menerima berita tentang orang telah meninggal dunia. moga kita muhasabah diri balik. cukupkah amalan kita untuk berjumpa dengan Allah S.W.T...

Moga kita terus menilai sesuatu kejadian dari 'mata hati' kita. kerna mata hati lebih mudah merasai dan memahami setiap apa yang berlaku di hadapan manusia. dari situ segala kemusykilan dan pertanyaan 'apa' 'siapa' 'bila' 'di mana' 'mengapa' 'bagaimana' akan terjawab. menerusi petunjuk dari Ilahi'...

Wallahualam...




Pesanan Rasulullah S.A.W Sebelum Tidur...

  • petua sebelum tidur.... insyallah nyaman tidur simple saja.. Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , yaitu :

  1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
  3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….


  • "Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah S.A.W…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
  • Rasul S.A.w tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran.


  • Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat....
     Bismillaahirrohmaanirrohiim , Alloohumma shallii 'alaa 
     syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )


  • Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
     Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum waatuubu ilaih ( 3 x )



  • Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh "Bismillaahirrohmaanirrohiim , Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallahu allahu akbar(3 x )








Nov 7, 2011

Kisah Aku Dengan Sebuah Lagu...


kisah ini terjadi apabila aku ini seorang yang suka 'bluetooth' lagu dengan kawan...
suka tukar-tukar lagu dengan kawan...
kadang-kadang suka buka berulang kali...

suatu hari, aku 'bluetooth' lagul-lagu yang best daripada handset kakak aku...
dalam masa yang sama aku tak dengar pun lagu yang aku 'bluetooth' tuh...
sebab sibuk dengan 'Sijil Pelajaran Malaysi' iaitu SPM....

kerja kuat betul aku masa tuh...
sebab nak dapat result gempak....
pagi ke petang...
petang ke malam...
malam ke tengah malam...
full dengan tuisyen bersama cikgu yang aku kasihi...

cikgu telah mencadangkan supaya kelas tuisyen di di rumah aku...
tetapi di sebabkan mak aku tinggal seorang sahaja di rumah...
then, buat keputusan untuk buat tuisyen dekat salah sebuah rumah sahabat aku...
kerana bilangan kami yang sedikit iaitu seramai 4 orang...
2 lelaki...
2 perempuan....

masa itu masing sibuk dengan latihan yang cikgu kami berikan...
kerana agak garang juga cikgu kami ini...
tetapi dia cool jerk...

tiba-tiba salah seorang dari sahabat aku...
wey, boring lah!
bukalah lagu baru best...
hilang tension sedikit nih...
kalau tak silap, masa itu tengah buat latihan 'Matematik Tambahan' or 'Fizik'...

so, aku pun buka lagu...
aku pun lupa lagu apa yang first sekali aku buka time tuh..
sahabat semua layan jerk lagu yang aku buka...

tiba-tiba lagu kedua mula di mainkan...
sahabat aku pun layan juga...
aku pun layan sekali...

aku pun tak tahu tajuk lagu tuh...
main buka jerk...
sahabat aku cakap....
wey, alep best juga lagu dia nih....
lagu apa ni??
aku pun dah tercengang...
entah lah...
aku pun tak tahu apa tajuk lagu nih...

semua pun dah layan lagu nih...
berulang-ulang kali juga aku mainkan lagu yang sama...
sampai aku sendiri tak tahu yang lagu tuh ada kat handset aku...

then, tuisyen pun dah habis...
masing-masing balik rumah...
sambil bawa motor aku pun berfikir dari mana ea kau dapat lagu tuh?
fikir punya fikir....
last-last baru dapat tahu...
yang aku ada lagu 'bluetooth' dari handset kakak aku...

malam pun semakin gelap...
aku search internet nak cari lirik lagu tuh...
then aku buka 'youtube'...
aku perhatikan lirik lagu tuh sedalam-dalamnya...
tiba-tiba aku menangis apabila menghayati lirik lagu tuh...

menangis macam seakan-akan budak kecil....
lama-lama aku pun mula berazam...
untuk mencari apa yang semua orang Islam mahupun orang kafir...
iaitu ketenangan jiwa dan mencari cinta yang kekal Abadi yang tidak ada titik noktah....
lalu aku di tarbiah oleh Pencipta sedikit demi sedikit...
sehingga aku mencapai apa yang aku nak....
aku berazam tidak akan terus berhenti....
malahan terus mencari cinta Allah S.W.T yang aku cintai dari segala-galanya tanpa ada titik noktah....

lagu yang aku maksudkan ialah Muhasabah Cinta dari Kumpulan Edcoustic...

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.



Wallahualam...

Nov 6, 2011

Kisah Seorang Pelacur & Tokoh Islam...



satu cerita tentang seorang pelacur dengan seorang tokoh islam yang terkenal di seluruh dunia...

seorang pelacur telah insaf, lalu jatuh cinta dengan Imam Hassan Al Banna...
perempuan berasa seronok kerana mahu kahwin dengan tokoh islam tersebut...

tetapi beliau tidak mahu akan perempuan tersebut...
last sekali, perempuan itu telah meninggal dunia...

lalu beliau cerita kat orang, kamu tahu tak siapa dia tuh?
dia tuh yang telah jatuh cinta dengan aku, dia suruh aku kahwin dengan dia... 

kemudian ada seorang telah menanyakan soalan...
kenapa kamu tak kahwin dia? tak mahu tolong dia ke?

Imam Hassan Al Banna menjawab soalan tersebut... 
tak akan jumpa orang jahat dengan orang baik, kerana ini firman Allah S.W.T...
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” [An-Nur ; 26]...

Kesimpulannya ;

Kisah ini cukup jelas bahawa semua orang mahu yang baik belaka. begitu juga dengan seorang lelaki pencuri, demi Allah! dia tidak akan mahu kahwin dengan pasangan yang suka mencuri. malahan, seorang mafia pun mahu dan cair apabila dapat pasangan yang baik...

Oleh itu, muhasabah balik ke dalam diri. dan tanya kepada diri kita semua. Adakah kita sudah cukup baik untuk menerima orang yang kita inginkan iaitu yang baik-baik belaka?

Justeru itu, mari kita sama-sama berubah menjadi orang yang lebih baik. tidak kisahlah orang nak kata apa. cakap kita berlagak macam 'ustaz' mahupun 'ustazah' tetapi kalian yakinlah dengan janji-janji yang telah Allah S.W.T rakamkan di dalam Al-Quran...

"Dan sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah ; 249]...
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” [An-Nur ; 26]...

Nov 5, 2011

10 Surah-Surah Mustajab...



Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Dengan Istiqamah dan Doa kepada-Nya, InsyaAllah di makbulkan apa yang kita kehendaki.


1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.