Jun 25, 2011

3 Jenis Cahaya Di Muka Bumi...





para ulama menafsirkan...
cahaya di muka bumi ini terbahagi kepada tiga...


a) cahaya matahari (dakwah) - bermaksud dapat memberi manfaat kepada semua orang kerana cahaya matahari mempunyai sinaran yang begitu kuat...

b) cahaya bulan (majlis ilmu) - bermaksud hanya memberi manfaat kepada sesetengah orang kerana cahaya bulan tidak dapat menyinari seluruh muka bumi...

c) cahaya lampu (beribadat) - bermaksud sekadar memberi manfaat kepada individu kerana cahaya lampu hanya sinaran yang lurus yang tidak dapat menyinari semua tempat...



Kesimpulan ;

muhasabah diri balik adakah kita mencari semua cahaya-cahya tersebut. berebutlah semua jenis cahaya di atas. nescaya cahaya semua di dapat menyinar diri kita supaya kita di rahmati Allah S.W.T. kerana umur kita tak seperti kaum nabi lain. yang umurnya begitu panjang berbanding dengan kita umur umat Nabi Muhammad S.A.W yang pendek-pendek belaka...



Jun 10, 2011

Penghayatan...




kisah seorang remaja...
di sebuah kem...

semua peserta sedang makan...
makan mengikut sunnah...
makan beramai-ramai di dalam dulang...

tiba-tiba...
lagu "Negaraku" di mainkan...
semua peserta di minta berdiri...
dan menyanyikan dengan penuh semangat...

tetapi salah seorangnya tidak berdiri....
seterus makan makanan itu...

selepas habis menyanyikan lagu "Negaraku"...
ketua kem berdiri...
dan berkata...
'siapa di kalangan kamu tidak berdiri semasa menyanyikan lagu kebangsaan?'...

tiba-tiba....
terdengar suara kecil...
'ada ketua! Syafiq tak berdiri tapi dia makan semasa kami menyanyi'...


sebuah dialog...
antara seorang remaja dan seorang ustaz...


U ; syafiq, betul ke kamu tidak berdiri semasa lagu kebangsaan di mainkan?

S ; betul, ustaz....

U ; kenapa kamu tidak berdiri? dah tuh kamu boleh makan lagi...

S ; saya malu ustaz dengan diri saya...

U ; kenapa syafiq?

S ; dulu saya bila dengar lagu kebangsaan yang berdiri. tetapi saya rasa tak adil dengan Allah. bila azan di laungkan saya buat tak buat demikian. saya leka tengok television sampai habis waktu solat. saya sombong dan bongkak dengan Raja yang mencipta saya. tak akan saya nak hormat lagu yang tak ada papa di sisi Allah, sedangkan masa azan saya boleh tido bermain, bergurau senda, menjerit sana-sini...


Kesimpulan ;

Masih adakah lagi golongan pemuda seperti 'Syafiq' yang berpikiran sebegitu rupa. Mampukah kita menjadi seperti beliau. Yang malu akan diri sendiri tentang kesombongan terhadap pencipta-Nya. Mari kita sejak masuk ke dalam hati dan muhasabah diri sendiri tentang kesalahan yang telah kita lakukan. Kita cari hati kita yang kita terlupa bahawa kita ada hati...

Pesan dari Imam Ghazali :

"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"...


"Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila seketul daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI (Jantung)” [Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim]