Jul 3, 2011

Solat Khusyuk Dan Khuduk...








sifat para sahabat...

solat khusyuk dan khuduk ; bermaksud kekuatan dalam solat sama dengan luar solat...

sebagai contoh;

a) menjaga mata & penglihatan - menjaga semasa di dalam waktu solat perlu di pratikkan di luar solat seperti menundukkan pandangan mata....

b) menutup aurat - menutup aurat semasa menghadap Allah S.W.T begitu juga di luar solat menutup semua aurat yang telah di tetap. bagi "muslimin" pusat hingga ke lutut. manakala "muslimat" menutup semua kecuali tapak tangan dan muka...

c) menjaga mulut - menjaga mulut dengan membaca ayat suci Al-Quran dalam waktu solat manakala di luar solat sentiasa membaca Al-Quran dan tidak manceritakan keburukan orang "mengumpat"...

d) ketaatan - taat atas arahan (imam) lakukan semasa solat juga perlu di pratikkan di luar solat dengan metaati segala perintah yang Allah S.W.T telah tetapkan...

e) menjaga telinga - mendengar bacaan Al-Quran dari (imam) dengan penuh khusyuk perlu juga di latihkan di luar solat seperti menjaga telinga daripada mendengar "fitnah" mahupun "mengumpat" dan ringankan telinga supaya mudah mendengar kalam Allah S.W.T dan hadith Nabi S.A.W...

f) menjaga hubungan - menjaga hubungan dengan Allah S.W.T, imam dan makmum di dalam solat begitu juga di luar solat menjaga hubungan "Pentingnya hablumminallah hubungan dengan Allah dan hablumminannas menjaga hubungan sesama manusia"....

sekadar pengkongsian...
yang baik datang dari Allah S.W.T....
yang lemah tuan punya badan...

No comments:

Post a Comment