Oct 18, 2010

Ilham Dari Hati...




Siang menjelmakan diri untuk mencari keberkatan.
Malam menutupi diri agar tenang beribadat.

Bumi tercipta untuk di jaga dan di hayati setiap senibinanya.
Langit terukir untuk mewarnai ruang angkasa.


Daratan terbentang bagi mencari keredhaan.
Lautan terlukis agar mengenal inti pati di dalamnya.


Awan terbina dengan membawa satu harapan.
Hujan terjatuh mengiringi satu kerahmatan.


Pokok berdiri memberi satu ketenagan.
Udara berterbangan membawa satu kenikmatan.
Gunung terpacak mengimbangi satu kesempurnaan.


Bintang bersinar membawa satu permulaan mencari cahaya yang benar.
Matahari membara untuk memancarkan satu sinar kehidupan.
Planet di cipta untuk menghiasi angkasa.


Kelahiran di lahirkan supaya mengenal erti kehidupan.
Kehidupan mengajar satu seribu benda yang tersembunyi.
Kematian terlaksana untuk berjumpa dengan Pencipta.


Masa meninggalkan kita.


Setahun bagaikan sebulan.
Sebulan bagaikan seminggu.
Seminggu bagaikan sehari. 
Sehari bagaikan sejam.
Sejam bagaikan seminit.
Seminit bagaikan satu geseran percikan api batang mancis.


Masa perlu di didik supaya menyayanginya.


Sayang terhasil daripada satu detik perkenalan.
Rindu terukir apabila di sayangi.
Cinta terungkap setelah menyelami hati.


Hati tercipta dengan separuh bahagian.
Separuh bahagian lagi senjaga di pisahkan untuk mencari keabadian.
Keabadian yang ikhlas dan tersirat.


Mulut terhasil bagi berbicara dengan mulia.
Mata di bina bagi meneliti dan menilai setiap kehidupan.


Telinga terbentuk bagi mendengari segala percakapan di muka bumi.
Tubuh terbina supaya bergerak ke tempat mulia.


Ketakutan meruntuhkan keberanian.
Keberanian berakhir dengan kegembiraan.


Kegembiraan tercetus untuk mengubati kekecewaan.
Kekecewaan muncul di saat kelalaian.


Kelalaian membawa ke dalam kegelapan.
Kegelapan terjerumus kepada kebinasaan.


Kebinasaan merobek satu harapan yang murni.  


Ketenteraman tercetus dari ketenangan.
Ketenangan terbentang dari keabadian.


Keabadian terhasil dari penghayatan.
Penghayatan terdampar dari ketulusan.


Ketulusan membawa kesempurnaan.







video




> hasil : ABD HALIFF B. ABD RAZAK...
> 18 OKTOBER 2010...
> 1:30 AM...

Oct 16, 2010

Hati Untuk Agama...


Pada suatu hari, Ahmad tiba-tiba tertarik hati dengan seorang perempuan yang dia anggap yang perempuan bakal menjadi kekasih hatinya sepanjang di hidup. Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Ahmad mula mengenali hati perempuan tersebut. Perempuan itu bernama Zuraya. Cantik orangnya sebagaimana cantiknya namanya. Mereka mula mendalami isi hati masing-masing. Apabila tibanya subuh Ahmad telefon Zuraya untuk mengejutnya supaya bangun menghadap seruan. Menghadap seruan Ilahi yang meniupkan roh ke dalam jasadnya. Zuraya melihat jam di dinding bahawa Solat Subuh akan tamat waktunya. Dengan bergegas Zuraya bangun lalu mengambil wuduk. Setelah habis solat, Zuraya berdoa agar di beri petunjuk. Dia memohon 'Jikalau dia (Ahmad) memang benar untuk aku, dekatkan hatinya dengan hati aku. Dan jikalau dia (Ahmad) bukan untuk aku, jauhkan hatinya dengan hati aku'. Ya Rabbal Alamin.

Tenghari mula mengintai Ahmad, saat ni Ahmad resa gelisah untuk menyampaikan sesuatu kepada Zuraya. Untuk menyampaikan rahsia hati yang berkubur di hati. Ahmad berjumpa dengan Zuraya, dengan tangan berpeluh dan kaki mengigil Ahmad menyuarakan rahsia hatinya kepada Zuraya. 'Aku ingin bersama denganmu dan menjadi kekasih hati mu'. Tiba-tiba suasana seakan-akan terdiam kerna terkejut dengan apa terkeluarnya di bibir Ahmad. Zuraya tunduk ke bawah dengan rasa malu. Dan Zuraya pergi dengan tanpa apa-apa bicara. Ahmad terkilandan terkedu. Pada hai-hari lain, Zuraya tidak lagi berhubung dengan Ahmad. Ahmad berasa hairan dan tertanya-tanya. 'Apa aku telah buat kepada Zuraya'.Tiba-tiba satu hari masa petang melambaikan tangan ke arah malam, Zuraya menghantar mesej kepada Ahmad bahawa dia terima. Lalu Ahmad menjerit kegembiraan yang tidak terhingga oleh sejenak ruang. Semenjak itu, mereka saling berhubung antara satu sama lain.

Pada pertengahan bulan Mei, Ahmad dan Zuraya dapat surat tawaran untuk menyambung pelajaran di pusat asasi. Seorang tercampak di Selatan dan seorang lagi terdampar di Utara. Mereka terdiam, mereka gembira. Tetapi disebalik kegembiraan ada tersembunyi kesedihan iaitu kesedihan untuk berjauhan di kala menyambung pelajaran di pusat asasi. Pendaftarannya pada penghujung bulan Mei, hanya tinggal seminggu lebih untuk mereka bersama. Masa mencemburu imereka, mereka melambaikan tangan sesama mereka di kala untuk pergi menyambung pelajaran. Ahmad telah sampai di pusat asasi begitu juga dengan Zuraya. Selepas seminggu kelas mereka bermula seperti biasa. Mereka saling berhubung walaupun berjauhan. Mereka berhubung sampai bulan Ogos yakni bulan yang di rahmati oleh Allah S.WT.

Pada satu Ramadhan Al- Mubarak, Ahmad pergi ke masjid untuk menuaikan solat Terawih. Zuraya pun juga begitu ke masjid untuk solat Terawih. Bulan yang tenang, bulan yang suci. Tiada satu syaitan pun di bulan tersebut. Bulan yang di makbulkan doa. Dan bulan yang di angkat darjat seseorang. Sepuluh haridi bulan Ramadhan Al-Mubarak di panggil kerahmatan. Zuraya dan Ahmad tenang beribadat ke pencipta mereka yakni Allah S.W.T. keesokan harinya, Ahmad ada kelas sampai ke petang. Ahmad sangat letih, dia mahu ke bilik untuk merehatkandiri. Tetapi semasa perjalanan terdengar seruan azan Asar di udara, Ahmad pandang ke arah masjid lalu menyusun langkah ke dalam masjid. Kemudian diamengambil wuduk lalu solat berjemaah. Sesudah solat dia pergi ke arah almari untuk mengambil Al-Quran. Dia mengambil dengan cermat lalu membaca dengan hatiyang tenang menyebut ayat-ayat suci. Sodakallahul azim.

Ahmad toreh kebelakang, dia ternampak orang sedang berkumpul dia pergi menyusun langkah kearah orang yang berkumpul. Lalu seorang hamba Allah menjemputnya duduk lalu menerangkan bahawa kami tengah mendengar tazkirah. Sahabat itu bertanya 'adakah kamu mempunyai kekasih hati'. Ahmad terkedu lalu sahabat itu tersenyum dengan penuh keikhlasan. Ahmad bertanya 'kenapa kamu senyum'. Sabahat itu berkata 'mari sama kita dengar tazkirah di hadapan itu'. Penyampai tazkirah ialah Ustaz Syed Hafiz iaitu iman masjid di pusat asasi itu. Dia menerangkan tajuk tazkirahnya ialah 'Perhubungan Yang Tidak Sah'. Tiba-tiba bulu roma Ahmad terangkat dan terasa panas di dalam badan. Ustaz itu menyata perhubungan yang tidak sah ialah perhubungan yang belum mendirikan rumah.

Ketahuilah wahai saudaraku perhubungan ini adalah haram di sisi agama. Ustaz itu berkata haram bagi lelaki untuk berhubung dengan perempuan walaupun mengata 'hai'. Lalu Ahmad bertanya kalau kita kerap berhubung? Ustaz itu menjawab dengan tenang, 'mula-mula berdosa kecil tetapi apabila kita kerap berhubung maka dosa besar jadinya'. Lelaki yang boleh berhubung dengan perempuan apabila perkara penting sahaja. Sebagai contoh pelajaran dan menanya khabar tidak lebih dari itu. Dan sekiranya lebih maka itu haram jadinya. Lalu pun dengan 'kawan perempuan' kita sendiri. Tiba-tiba Ahmad menundukkan kepala. Sambil berfikir dan mengenangkan dosa-dosa dia. Kemudian Ahmad bertanya, 'kalau kita masih di dalam perhubungan itu? Apa yang perlu kita lakukan?'.

Ustaz itu tersenyumlalu berkata, 'wahai saudaraku yang  dirahmati oleh Allah S.W.T, putuskan lah hubungan itu'. Ahmad terdiam. Lalu ustaz itu sambung 'putuslah hubungan itu kerana kasih akan Allah S.W.T dan cinta akanNabi Muhammad S.A.W'. Janganlah kamu gusar kerana kamu telah meletakkan dirikamu kepada jalan yang Allah S.W.T redhai. Janganlah kamu takut kepada Allah S.W.T kerana DIA 'Maha Agung lagi Maha Mengetahui'. Maka pergilah wahai saudaraku! Pergilah ke jalan-Nya. Ahmad binggung lalu pulang meninggalkan tazkirah itu. Semasa Ahmad bergegas pulang, sabahat tadi kemudiannya menepuk bahu dan senyum lalu memeluk Ahmad dengan erat. Lalu berkata 'buka mata, buka hati dan buka minda maka kamu akan menemui jalan-Nya'.

Kemudian Ahmad bergegas ke bilik lalu menutupkan mukanya dengan bantal kerana malu akan Allah S.W.T. Ahmad menangis dengan sepuas-puasnya. Dia juga berfikir dan cuba menenangkan diri. Ahmad berdoa 'ampunilah aku Ya Allah, ampuni dosa-dosa aku, dosa yang aku ketahui, dosa yang aku tidak ketahui, dosa yang aku senjagakan dan dosa yang aku tidak sengaja, dosa kecil aku dan juga dosa besar aku'. Pada malam itu juga, Ahmad menelefon Zuraya dan menyatakan bahawa dia mahu memutuskan hubungan mereka yang telah lama terjalin. Zuraya terkedu lalu menangis. Zuraya menjerit 'KENAPA??!!'Ahmad juga menangis lalu menerangi dengan tenang tentang perkara ini. Tetapi Zuraya tidak mengerti lalu mematikan panggilan. Ahmad sedih. Dia cuba menelefon Zuraya lagi dan bahkan beribu puluh kali dia menelefon tetapi tidak di angkat.

Lalu Ahmad menghanta rmesej. Ahmad menyata 'Saya membenar-benar mencintai awak tetapi saya tidak mahu perhubungan kita tidak di redhai oleh Allah S.W.T. Saya juga tidak mahu hubungan yang kita anggap bahagia tetapi tidak di sisi agama. Saya juga tidak mahu kita bergelumang dengan dosa kerana saya sayangkan awak. Dengarlah caka psaya dan jangan ikutkan hati. Mahukah awak tengok kita punya mencipta memandang kita dengan sebelah mata. Ketahuilah yang bahawa perjuangan kita masih jauh dan mahukah kita berada di timbunan dosa semasa kita masih remaja? Jika kamu tidak boileh buat maka buatlah kerana ALLAH S.W.T wahai kekasih hatiku. Pada bulan puasa yang berkat lagi rahmat maafkanla hsaya jika saya ada terlebih dan terkurang  terhadap awak. 'IHDINAS SIROTOL MUSTAQIM' Saya harap awak faham dan jikalau awak tidak memahaminya saya mendoakan awak supaya di bukakan pintu hati....



hasil > ABD HALIFF B. ABD RAZAK...
        > 22 0G0S 2010...
        > 1:10 AM...

Oct 9, 2010

Keunikan...








...masa menyusun langkah demi langkah...

...kebarangkali siang menjelmakan diri...

...apabila malam menutupi diri...

...lalu langit cerah bertukar menjadi kegelapan...

...sambil bulan bertasbih mengelilingi bumi...

...sementara bintang, komet & atom berzikir di galaksi...

...di sertai utarid, zuhrah, bumi, marikh, musytari, zuhal, neptun & pluto bertawaf mengelilingi matahari...

...masa bukan ibarat 'EMAS'...

kerna ape??

...kerna EMAS kite boleh menakluki & memiliki...

...masa ibarat satu 'NAFAS'...

...kerna bile bernafas kite akan merasai kenikmatan nye...

...dan apabila tidak bernafas kite akan mengalami kesengsaraan...

...anehnye, masa telah di telan dek zaman dengan tanpa kite sedari...

...sesungguhnye masa sudah tue...



...jadi masa paling penting bagi setiap benda yang hidup untuk mengolah...

...dan mengadaptasikn sesebuah kehidupan utk masa akhir kita nanti...





hasil > ABD HALIFF B. ABD RAZAK
> 16 APRIL 2010...
> 3:03 PM...

Oct 7, 2010

Penciptaan...






  • ciptaan yang paling hebat ialah manusia...
  • dan ade apa dengan manusia??
  • dalam ciptaan manusia adanya akal...
  • kenapa akal di berikan??
  • supaya dapat berfikir dan memanipulasikan semua yangg ada di muka bumi ini...
  • dan berikan akal untuk berfikir dan memanipulasi dengan sebaik mungkin...
  • selain itu...
  • manusia ada mata...
  • bagi meneliti dan menilai setiap kehidupan di muke bumi...
  • meneliti dan menilai benda baik dan buruk di muka bumi...
  • di ciptakan telinga...
  • untuk mendalami segala percakapan di muke bumi...
  • ciptanye tubuh badan...
  • ialah untuk bergerak ke tempat mulia...
  • dan memanipulasikan tubuh badan itu...
  • dengan beribadat kepada pencipta...
  • seterusnye ciptaan hati...
  • supaya dapat berbicara dengan ikhlas dan tersirat...


hasil > ABD HALIFF B. ABD RAZAK...
> 3 JULAI 2010...
> 2:15 PM...

Oct 1, 2010

Kehidupan Dan Kematian...




ape itu kehidupan?? dan apa itu kematian??

kehidupan sekarang ialah untuk kematian yang akan menjemput kite...

setiap 1 minit muncul la sebuah kehidupan baru iaitu 'BAYI'...

dan setiap 4 minit sesuatu yang hidup pasti akan mengahdap kematian...

setiap kematian akan melahirkan 1 perasaan sedih bagi menginsafi tentang kekuasaan ILAHI...

kematian hanya meninggalkan sepasang kain putih dan iman yang kite lakukan semasa di alam kehidupan...

di dalam kehidupan banyak onak duri, banyak liku-liku yang terpaksa kite lalui walaupun pedih, pahit mahupun sakit...

ujian yang akan d berikn kepada kite yang kite sendiri tidak tahu bila dan di mana ujian ini akan terhenti...

ujian yang banyak menguji kite tentang menilai kesabaran bagi meneliti, mengkaji, mendalami dan menilai setiap yang wujud di hadapan mata kite...

hasil > ABD HALIFF B. ABD RAZAK...
> 2 APRIL 2010...
> 4:59 PM...

    Kemisterian Hati...




    kenapa di ciptakan hati??

    apa tujuan nye penciptaan hati??

    hati boleh menggantikan mulut untuk berbicara tanpa sesorang tahu atau mendengar nye...

    hati juga boleh melahirkan 1 perasaan yang indah...

    perasaan kasih sayang, belas kasihan, sedih & pelbagai perasaan misteri yang kita tidak tahu bagaimana boleh terwujudnye...

    ciptaan hati adalah dari tanah yang jarak jauh nye jauh berbillion kilometer dari langit mahupun cahaya...

    dari tanah lahirlah hati...

    dari hati lahirlah perasaan...

    dari perasaan lahirlah 1 tindakan yang kita wujudkan...

    walaupun ciptaan dari tanah tapi ia paling bernilai kerana dapat menggembirakan pencipta & hasil ciptaan pencipta...

    iaitu makhluk sama ada manusia mahupun haiwan...

    bagi merasai 1 perasaan yang terindah walaupun seketika atau sementara...





    hasil > ABD HALIFF B. ABD RAZAK...
    > 10 MARCH 2010...
    > 5:07 PM...