Oct 18, 2010

Ilham Dari Hati...




Siang menjelmakan diri untuk mencari keberkatan.
Malam menutupi diri agar tenang beribadat.

Bumi tercipta untuk di jaga dan di hayati setiap senibinanya.
Langit terukir untuk mewarnai ruang angkasa.


Daratan terbentang bagi mencari keredhaan.
Lautan terlukis agar mengenal inti pati di dalamnya.


Awan terbina dengan membawa satu harapan.
Hujan terjatuh mengiringi satu kerahmatan.


Pokok berdiri memberi satu ketenagan.
Udara berterbangan membawa satu kenikmatan.
Gunung terpacak mengimbangi satu kesempurnaan.


Bintang bersinar membawa satu permulaan mencari cahaya yang benar.
Matahari membara untuk memancarkan satu sinar kehidupan.
Planet di cipta untuk menghiasi angkasa.


Kelahiran di lahirkan supaya mengenal erti kehidupan.
Kehidupan mengajar satu seribu benda yang tersembunyi.
Kematian terlaksana untuk berjumpa dengan Pencipta.


Masa meninggalkan kita.


Setahun bagaikan sebulan.
Sebulan bagaikan seminggu.
Seminggu bagaikan sehari. 
Sehari bagaikan sejam.
Sejam bagaikan seminit.
Seminit bagaikan satu geseran percikan api batang mancis.


Masa perlu di didik supaya menyayanginya.


Sayang terhasil daripada satu detik perkenalan.
Rindu terukir apabila di sayangi.
Cinta terungkap setelah menyelami hati.


Hati tercipta dengan separuh bahagian.
Separuh bahagian lagi senjaga di pisahkan untuk mencari keabadian.
Keabadian yang ikhlas dan tersirat.


Mulut terhasil bagi berbicara dengan mulia.
Mata di bina bagi meneliti dan menilai setiap kehidupan.


Telinga terbentuk bagi mendengari segala percakapan di muka bumi.
Tubuh terbina supaya bergerak ke tempat mulia.


Ketakutan meruntuhkan keberanian.
Keberanian berakhir dengan kegembiraan.


Kegembiraan tercetus untuk mengubati kekecewaan.
Kekecewaan muncul di saat kelalaian.


Kelalaian membawa ke dalam kegelapan.
Kegelapan terjerumus kepada kebinasaan.


Kebinasaan merobek satu harapan yang murni.  


Ketenteraman tercetus dari ketenangan.
Ketenangan terbentang dari keabadian.


Keabadian terhasil dari penghayatan.
Penghayatan terdampar dari ketulusan.


Ketulusan membawa kesempurnaan.







video




> hasil : ABD HALIFF B. ABD RAZAK...
> 18 OKTOBER 2010...
> 1:30 AM...

No comments:

Post a Comment