...kehidupan bermula dari hati kemudian minda akan mengolah dan mengadaptasi lalu tindakan akan memanipulasikannya...
Links
Islamic Calendar
Time Only For God

Para Ulama

Syeikhul Imam Prof Dr Yusof Al-Qaradhawy Hafizohullah

Habib Munzir Al-Musawa Hafizohullah

Imam As Syahid Hassan al-Banna

Habib Ali Al-Jufri Hafizohullah
About Me
- Ibnu Razak
- Abd Haliff b. Abd Razak. ...'penglihatan yang paling murni ialah peglihatan menggunakan 'mata hati'. kerna mata hati lebih mudah merasai dan memahami setiap apa yang berlaku di hadapan manusia. dari situ segala kemusykilan dan pertanyaan 'apa' 'siapa' 'bila' 'di mana' 'mengapa' 'bagaimana' akan terjawab. menerusi petunjuk dari Ilahi'...
Categories
Blog Archive
-
▼
2011
(31)
-
▼
October
(11)
- Tips Menjadi Anak Soleh...
- Who your loves???
- Adab-Adab Ketika Berdoa...
- 11 Jenis Manusia Yang Malaikat Akan Mendoakannya..
- Sikap Sesetengah Orang Islam...
- Luahan Hati Para Pendakwah...
- Aurat Kaki?!
- 30 Kebesaran Selawat Ke Atas Junjungan Nabi S.A.W...
- Teka - Teki Imam Ghazali
- Bercinta?!!
- Luahan Isi Hati Tok Imam...
-
▼
October
(11)
Popular Posts
-
sifat para sahabat... solat khusyuk dan khuduk ; bermaksud kekuatan dalam solat sama dengan luar solat... sebagai contoh; a) menja...
-
Jadikan ‘Ghaddul Basor’ (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda, nescaya mata anda akan semakin bening dan jernih… Oleskan ‘...
-
tertarik dengan satu kisah yang mahu ana kongsikan... di ceritakan oleh seorang pakcik India yang telah memeluk Islam yang ketika itu s...
-
Teringat satu kisah silam... Ketika itu... Sedang bermain dengan seorang kanak-kanak... Yang berusia 5 tahun di sebuah surau.... S...
-
Dialog antara seorang lelaki dan seorang perempuan... L ; Kau ada pakwe kan?? P ; A'ah. Aku ada pakwe. Mana kau tahu ni? L ; Adalah...
-
Suka untuk berkongsi. Kita selalu tengok orang pakai tudung tapi macam tak pakai tudung Nampak itulah, nampak inilah. Fuyoh! Dia pakai baj...
-
Siapa cakap nak bercinta itu tak boleh? Ana mahu berkongsi dengan apa yang ana dapat semasa menghadiri Kuliah Imam Muda Fakhrul... Dia...
-
...masa menyusun langkah demi langkah... ...kebarangkali siang menjelmakan diri... ...apabila malam menutupi diri... ...lalu langi...
-
Untuk membolehkan doa itu dimakbulkan Allah s.w.t maka ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab- adab berdo...
-
1. Sentiasa bermanis muka apabila bercakap atau memandang wajah ibu bapa Rita. 2. Selalu 'meringankan tulang' untuk membantu ibu...
Total Pageviews
15692
Followers
Pages
Follower Facebook
Blogroll
Pages
Powered by Blogger.
Oct 13, 2011
Bercinta?!!
Siapa cakap nak bercinta itu tak boleh?
Ana mahu berkongsi dengan apa yang ana dapat semasa menghadiri Kuliah Imam Muda Fakhrul...
Dia menghuraikan syarat-syarat untuk bercinta yang beliau ambik dari para ulama...
Jika antum/antumna semua cukup syarat-syarat ini barulah boleh bercinta...
1) Mencintai Allah dari segala-segalanya - Daripada Anas b. Malik, daripada Nabi S.A.W telah bersabda : "Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak sempurna Iman) sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya (dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan Rasul-NYA)...)" [HR. Bukhari & Muslim]..
2) Mengenali cinta Allah terlebih dahulu...
3) Niat bercinta itu bertujuan untuk mengahwin biakal suami/isteri...
4) Cinta seseorang itu kerana Allah - Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan saya beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri.”[HR. Muslim]...
5) Tidak berdua-duan antara lelaki dan perempuan - Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya". - [H.R Ahmad & Tirmidzi]...
6) Tundukkan pandangan ketika berjumpa di antara satu sama lain - "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya" [An-Nur ; 30-31]...
7) Tak memegang dan menyentuh orang yang bukan mahram -Sabdaan dari Rasulullah S.A.W “Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Thabrani]. “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita.” [HR. Malik, Tirmidzi & an-Nasa’i]...
8) Perempuan tidak melunakkan suaranya terhadap lelaki - “Maka janganlah kamu wahai wanita,merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)” [Al-Ahzab ; 32]...
9) Menutup aurat dengan sempurna - Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Al-Ahzab ; 59]...
Muhasabah diri balik adakah antum/antumna semua sudah cukup syarat-syarat di atas? Jika antum/antumna semua cukup syarat-syarat ini barulah boleh bercinta...
Wallahualam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment