Oct 9, 2011

Luahan Isi Hati Tok Imam...





mahu kongsi sedikit kisah setelah duduk bersama tok iman dan jemaah. mendengar luahan isi hati seorang tok imam...

I ; Dulu masa tak ada surau bukan main bertekak penduduk taman 'Kami nak surau untuk taman' ni! Sanggup bersatu sembahyang di rumah yang orang wakaf. sampai tak muat rumah yang di wakafkan itu...

J ; Dah berapa tahun surau ni?

I ; Dah nak dekat 5 tahun. Tapi bila dah ada surau buat macam dah tak ada surau. Tak solat berjemaah di surau ni...

J ; (khusyuk mendengar)...

I ; Kadang-kadang saya sedih tengok ustaz yang datang mengajar. adalah dalam "2 ketul" yang datang dengar ustaz beri ceramah. Bila penduduk nak ustaz datang mengajar kita panggil tapi bila dah panggil tak mahu datang pula...

J ; (semua perhatikan tok imam)...

I ; Ada orang itu sampai cakap "surau ini untuk time bulan puasa jerk"... (muka imam kelihatan sedih)

J ; Aik tok imam? ada juga yang cakap macam tuh...

I ; (terdiam tak terkata)...

J ; Tadi ada jumpa pengerusi "dia cakap yang lagi senang surau di terbakar". Sebab bila ajak ke surau penduduk tak datang. Maybe pengerusi dah hingga punca...

Hujan tiba-tiba terhenti...

Jemaah dan tok imam terhenti seketika mendengar laporan dari seorang jemaah. semua tundukkan kepala. dan yang pelik lalu memikir sejenak sambil melihat seni bina surau yang indah dan unik.

Jadi kawan-kawan yang di rahmati olah Allah S.W.T kunjungilah rumah Raja segala kerajaan di langit dan bumi, tidak kira jauh mahupun dekat.

Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian.

"Dari Abdullah bin Umar Radiallahuanhuma, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sembahyang jemaah itu lebih afdal daripada sembahyang berseorangan dengan kelebihan 27 darjat". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)



No comments:

Post a Comment