Oct 17, 2011

Aurat Kaki?!



Suka untuk berkongsi. Kita selalu tengok orang pakai tudung tapi macam tak pakai tudung Nampak itulah, nampak inilah. Fuyoh! Dia pakai baju ketat lah. Tergugat iman aku, bukan aku sahaja imam masjid pun boleh tergugat juga. Tidak seperti iman para sahabat ajma'in yang menggunung teguh. Inilah iman seorang umat akhir zaman, senipis dan serapuh kulit bawang. 


Kita sering fokuskan dari segi pemakaian tudung mahupun pakaian. Ye memang tak salah. Tapi ada satu yang penting yang kita jarang ketengahkan bab ini. Iaitu aurat ‘An-nisa’ (perempuan-perempuan). Aurat yang kita tak sangka dan selalu terlepas pandang. Iaitu kaki anda wahai saudari yang di rahmati Allah S.W.T.  


Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:


Ummu Salamah r.a berkata bawaha dia penah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. : " bolehkah wanita mengerjakan solat dengan memakai pakaian panjang ( dar'u ) dan tutup kepala tanpa memakai kain sarung ( izar ) ? beliau bersabda : " boleh apabila pakaian panjangnya itu ( dar'u ) dapat menutupi kedua telapak kakinya. "


Pernah ke kita ada tengok perempuan solat aurat kaki boleh dedahkan? Mesti jawab kalian tidak pernah tengokkan, sebab kalian tahu kaki itu aurat. Tetapi kenapa hanya di dalam solat sahaja ke yang kalian pratikkan? 


Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.

 Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Al-Ahzab ; 59]...


Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:


• Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.


• Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.


• Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.


• Darurat.


Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?


Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:


• Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
• Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
• Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.



Nabi Muhammad pernah bersabda ; “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” [HR. Muslim]...

No comments:

Post a Comment